KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Wednesday 18 July 2012

PENILAIAN PEMERHATIAN


PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
Pengenalan
·Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
·Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
·Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.

Jenis Pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu:-
  • Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
  • Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”
  • Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah
  • dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang
  • menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
  • dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
  • tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
  • jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan


Fungsi

  1. Penilaian melalui pemerhatian :
  • digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran
  • dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran
  • dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek
2.     Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti
  • menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan
  • meningkatkan motivasi pelajar
  • mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar

  1. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

  1. Pemerhatian yang terancang membantu guru :
    • Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut
    • Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif
    • Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar
    • Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar
    • Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan
    • Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya dan terhadap diri sendiri

Penilaian Melalui Pemerhatian
Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu
bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu
alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar.
Tujuan utamanya adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuklah
proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut. 

Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya.Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.
1. Fahami asas kepada pemerhatian
    • menyedari keadaan sekeliling
    • membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif
    • membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens
    • prasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir
2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan
    • membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan
    • membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati
    • membuat pelan sampel
    • menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul
    • melatih pemerhati
3. Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur
pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal
4. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu "feedback" kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa data pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana;
    • tahap efisien pembelajaran mereka
    • mereka boleh membantu rakan mereka belajar
    • mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien

No comments:

Post a Comment