KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Tuesday 7 August 2012

GARIS PANDUAN GURU PENDAMPING PENDIDIKAN KHAS

1.      PENGENALAN.

1.1  Program inklusif akademik bermaksud satu rancangan khas bagi murid PPKIBP yang telah dikenalpasti mempunyai tahap kefungsian tinggi dan boleh belajar dalam kelas bersama-sama murid-murid aliran perdana dengan tujuan untuk melengkapi semaksimum yang mungkin bagi menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, atau SPM.

1.2  Selain membantu murid PPKIBP menghadapi peperiksaan awam , program inklusif akademik juga member peluang kepada murid PPKIBP berinteraksi dan bersosial bersama murid aliran perdana secara positif dan efektif.

1.3  Garis panduan ini bertujuan untuk menyelaraskan pelaksanaan program inklusif oleh semua guru PPKIBP di samping menjelaskan tata cara melaksanakan program inklusif akademik yang lebih efektif dari segi  konsep guru bimbingan, penglibatan murid dalam aktiviti akademik dan social, keseimbangan jadual gujru, kefahaman dan penerimaan ibu bapa dan guru aliran perdana dan dapat meningkatkan tahap profesioanalisma guru PPKIBP secara komprehensif.

2.      GARIS PANDUAN PELAKSANAAN.

2.1  Mengenalpasti murid yang boleh mengikuti program inklusif samada separa inklusif
 ( memasuki kelas aliran perdana berdasarkan dua atau tiga mata pelajaran yang  
 dipilih sahaja)  atau inklusif  sepenuh masa ( memasuki kelas aliran perdana
berdasarkan semua mata pelajaran peperiksaan yang diambil.)

2.2  Murid yang dipilih mengikuti program inklusif akademik seharusnya boleh menguasai kemahiran membaca dan memahami petikan mudah, sekurang-kurangnya perkataan kvkvk dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Program Inklusif.

2.3  Penubuhan Jawatankuasa Program  Inklusif Akademik Sekolah  yang terdiri daripada
Pengetua/Guru Besar,. GPK Pentadbiran, GPK Pendidikan Khas/ Penyelaras Pendidikan  Khas, semua guru mata pelajaran aliran perdana yang terlibat dan semua guru PPKIBP.

2.4  Murid PPKIBP yang dicalonkan sebagai murid inklusif perlu dibentangkan dalam
mesyuarat jawatankuasa program inklusif unutk mendapatkan pengesahan.


2.5  Setiausaha jawatankuasa program inklusif haruslah menghantar surat bagi
memaklumkan kepada ibu bapa tentang kemasukan anak mereka dalam program
 inklusif.

2.6  Antara aktiviti jawatankuasa program inklusif akademik  ialah member  taklimat kepada   guru aliran perdana dan ibu bapa murid PPKIBP tentang program inklusif.


2.7  Setiap orang guru PPKIBP perlu terlibat sebagai guru pembimbing mengikut mata
pelajaran sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

2.8  Waktu bimbingan murid inklusif perlu ditulis dalam jadual  waktu dan dimasukkan
 dalam jumlah waktu mengajar dalam seminggu.


2.9  Waktu bimbingan adalah boleh di kelas aliran perdana ( guru pembimbing mesti
 dibenarkan menjalankan tugas ) atau waktu rehat dan selepas sesi persekolahan.

2.10          Walaupun tidak membimbing sepenuhnya mengikut waktu mata pelajaran aliran
       perdana tetapi mencukupi sekurang-kurangnya satu jam seminggu mengikut
       persetujuan ajk program inklusif akademik.




2.11          Program inklusif akademik tidak boleh diberi kepada seorang guru PPKIBP sahaja
      untuk mengurus dan membimbing murid inklusif kerana murid inklusif perlu
      bimbingan  daripada semua guru PPKIBP mengikut kepakaran mata pelajarannya.
      Dan setiap guru PPKIBP perlu diberi ruang mengembangkan kemahiran dan
      kecekapannya dalam   pengurusan dan pengajaran dalam kelas PPKIBP.

2.12          Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas / Penyelaras boleh memlilih kelas yang
       sesuai untuk penempatan murid inklusif.


2.13          Penyeliaan ke atas guru pembimbing perlu dibuat oleh GPK Pendidikan Khas /
       penyelaras.

2.14          Kehadiran murid  program inklusif perlu direkodkan dalam Buku Jadual
       Kedatangan  Murid PPKIBP.

2.15          Guru Pembimbing perlu menulis rancangan pengajaran harian bimbingannya
       Serta merekodkan markah ujian bulanan dan peperiksaan penggal.


2.16          Guru pembimbing dan guru mata pelajaran aliran perdana perlu berbincang
       dalam  usaha menjayakan program inklusif.

2.17          Pada  akhir penggal program inklusif akademik ini perlu dinilai oleh jawatankuasa
      dari  segi keberkesanan pelaksanaan, pencapaian murid dan tindakan susulan.


2.18          Sebagai motivasi, murid-murid yang mengikuti program inklusif perlu diberi
       ganjaran  berupa hadiah dan cenderahati yang sesuai.


2.19          Program inklusif akademik perlu ada dokumentasi atau fail-fail seperti minit
       mesyuarat  AJK, fail maklumat murid dan fail prestasi murid.

Bahagian  Yang Bertanggungjawab Memurnikan Panduan Inklusif
CAWANGAN PERANCANGAN DAN PENILAIAN(BPK)

No comments:

Post a Comment