KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Saturday, 12 November 2016

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan / kurang upaya itu.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di negara kita yang boleh melahirkan pelajar yang seimbang;



"Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".
Bertunjangkan FPK, Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang hampir sama iaitu;
"Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat".
Tidak semua kanak-kanak dilahirkan sempurna, terdapat juga kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, malahan mereka juga wajar diberi pendidikan. Walau bagaimanapun disebakan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberi kepada mereka agak berbeza yang mana ianya disebut sebagai Pendidikan Khas.
Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. Selain daripada itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem persekolahan.
Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid istimewa dengan murid-murid normal / biasa dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, pembelian peralatan khas, perkhidmatan khidmat sokongan kakitangan bukan guru, peluang-peluang kenaikan pangkat, juruteknik audiologi pendidikan (educational speech therapist), orientasi dan mobiliti pendidikan (Orientation and Mobility Instructor) dan psikologi pendidikan (Educational Psychologist) dan sebagainya merupakan objektif Pendidikan Khas.

Latarbelakang Pendidikan Khas
Terdapat berbagai definisi tentang Pendidikan Khas. Contohnya seperti Sang (2000) menyatakan bahawa Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan dan pendengaran serta masalah dalam pembelajaran, atau pun murid-murid yang pintar-cerdas yang memerlukan pendidikan yang lebih mencabar. Berlainan pula pendefinisian oleh Jabatan Pendidikan Johor (1998) yang menyatakan Pendidikan Khas ialah golongan mereka yang berkeperluan khas dengan memberi penekanan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan individu murid dan pelajar terhadap penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills).
Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran mulai bulan Julai, 1962. Di bawah rancangan percantuman dengan pendekatan Pendidikan Inklusif, iaitu murid-murid yang bermasalah tersebut belajar bersama murid-murid normal di dalam kelas yang sama (Sang, 2000). Mereka diajar oleh guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program Pendidikan Khas.
Kategori individu berkeperluan khas adalah seperti (i) bermasalah atau kurang upaya pendengaran (hearing impairment), (ii) bermasalah atau kurang upaya penglihatan (visual impairment), (iii) bermasalah pembelajaran (learning disabilities), (iv) bermasalah kerencatan akal (mental retardation), (v) bermasalah tingkah laku atau emosi (behavioral disorders & emotional disturbance), (vi) bermasalah pertuturan atau bahasa (speech or language impairment), (vii) bermasalah pintar-cerdas (gifted & creativity), (viii) kurang upaya fizikal (physical disabilities), (ix) bermasalah kesihatan (health impairment) dan (x) pelbagai masalah (multi-problem) .
Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical deficit model). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial, penguasaan bahasa lisan / pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan dan yang terakhir kebolehan pendengaran.
Pada masa kini Kementerian Pendidikan (Jabatan Pendidikan Khas, 1998) menyediakan program-program pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas di:
Sekolah-sekolah Pendidikan Khas : 31 buah dengan bilangan murid seramai 2898 orang (Jun 1998).Sekolah-sekolah dengan kelas percantuman dan kelas pendidikan inklusif : 368 buah dengan bilangan murid seramai 7356 orang (Jun 1998).

Keputusan Dicapai.
Penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini bermula dengan perakuan-perakuan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet, yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Perakuan 169 Jawatankuasa Kabinet bermaksud;
"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan mengambilalih tanggungjawab pendidikan khas dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan" (Jabatan Pendidikan Johor,1998: 2).
Laporan Kabinat 1979 juga menuntut diwujudkan Sistem Persekolahan Peringkat Rendah di mana mereka yang lemah dalam bidang kemahiran tertentu hendaklah diberi pengajaran pemulihan.
Akibat daripada ini berlaku perubahan sistem pendidikan negara mengurangkan tahun persekolahan di peringkat sekolah rendah dari 6 tahun ke 5 tahun bagi murid-murid cerdas, mulai tahun 1997 dengan memperkenalkan ujian PTS dalam darjah 3, dan melanjutkan tahun persekolahan ke 7 tahun untuk murid-murid yang terkandas. Selain daripada itu, diwujudkan Jabatan Pendidikan Khas untuk merancang dan memberikan lebih banyak peluang kepada kanak-kanak cacat agar menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah (Sang, 2000).
Beberapa tahun kebelakangan ini penekanan terus diberikan kepada keperluan Pendidikan Khas melalui Akta Pendidikan 1996. Dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 41 Akta Pendidikan 1996, Menteri Pendidikan telah membuat peraturan-peraturan seperti berikut (i) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998, (ii) Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain :
"murid-murid dengan keperluan khas" ertinya murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran;
"program pendidikan khas" bermaksud suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran dan suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran ; serta suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
Bahagian II, Pendidikan Khas;
1. Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali bagi murid-murid yang berikut :
a. murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan
b. murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.
  1. Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan.
  2. Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Peruntukan di bawah seksyen 40; Menteri Pendidikan hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat. Tertakluk seksyen 40.1 subseksyen (2) dan (3), Menteri Pendidikan bolehlah melalui peraturan-peraturan menetapkan;
  1. tempoh pendidikan randah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas ;
  2. kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas ;
  3. kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas ; dan
  4. apa-apa perkara lain yang difikirkan Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud bab ini.

Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan 1 (a) tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1) (b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabah praktik.
Mengikut kehendak Akta dan Rang Undang-Undang, mulai 1 hb Oktober 1995, penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pendidikan telah berkuatkuasa dengan mewujudkan 6 jabatan di mana salah satu darinya ialah Jabatan Pendidikan Khas. Dengan penstrukturan baru Kementerian Pendidikan, Unit Pendidikan Khas telah dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan Pendidikan Khas. Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Timbalan Pengarah Pendidikan dan dibantu oleh 3 orang Ketua Penolong Pengarah Bahagian.Sebelum ini pengurusan pendidikan khas di Kementerian Pendidikan Malaysia adalah di bawah Unit Pendidikan Khas di Bahagian Sekolah-sekolah. Pada bulan November 1995 semua jabatan pendidikan negeri turut sama di susun semula di mana pengurusan pendidikan khas adalah di bawah Unit Teknologi Pendidikan, Unit Kecil Pendidikan Khas (Jabatan Pendidikan Johor, 1998).
Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia menumpukan aktiviti seperti perancangan dan pembangunan, pengurusan perkhidmatan, dan latihan dan khidmat bantu. Program-programnya dan kategori muridnya adalah seperti (i) Sekolah Pendidikan Khas - bermasalah penglihatan dan pendengaran, (ii) Sekolah Rancangan Percantuman Pendidikan Khas - bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran (termasuk "mild", down's syndrome & austistik dan mobiliti tidak terhad), (iii) Program Pendidikan Inklusif - bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran (termasuk down's syndrome, austistik dan mobiliti tidak terhad); kesemuanya dalam kategori "ringan" (mild) dan (iv) Program Pendidikan Pemulihan - murid kelas biasa di sekolah rendah yang telah disaring dan diagnosis sebagai mengalami masalah penguasaan Kemahiran Asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Kemahiran Asas 3M amat penting ke arah menuju alaf baru selepas tahun 2000 di mana perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan mencabar. Walau bagaimanapun berdasarkan laporan daripada hasil penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus di kalangan murid-murid sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dan gagal menguasai kemahiran asas 3M. Menyedari hakikat ini pada bulan November 1998 Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan mesyuarat dan bengkel untuk menghasilkan Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas.
Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip 'menyelesaikan masalah seawal mungkin' supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah. Ia berkonsepkan satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Matlamatnya membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pelaksanaan Program Pemulihan Khas adalah berdasarkan;
  1. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS) 867/Jld.II.32 bertarikh 22 Januari 1985 - "Guru Khas Pendidikan Pemulihan".
  2. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS) 8502/5/PK/Jld. V26 bertarikh 18 Januari 1986. - "Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986".
  3. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS) 8502/5/PK/Jld. V34 bertarikh 30 Jun 1989. - "Guru Kelas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah".
  4. Pekeliling Kewangan Bil. 2/91-KP 1573/17/Jld. 8(78) bertarikh 11 Februari 1991.
Surat-surat pekeliling ini memberi kuasa pelaksanaan Pendidikan Khas di sekolah dari segi (i) Peruntukan Perjawatan Guru Pemulihan Khas, (ii) Peruntukan Bantuan Pelajaran Tahunan, (iii) Mewujudkan Jawatankuasa Pemulihan Khas di sekolah dan (iv) Menyediakan kemudahan fizikal.
Menerusi Surat Siaran Jabatan Pendidikan Khas, KP/JPK/BPKPK/09/03/1(43), bertarikh 3 November 1998. - Pelaksanaan Program Intervensi 3M 1998/1999. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan matlamat 100% di kalangan murid-murid dapat menguasai asas 3M sebagaimana Sasaran Kerja Utama (SKU) tahun 2000. Ini ditegaskan dalam Perkara 1 - Pendemokrasian Pendidikan Bagi Sasaran Tahun 2000, menentukan tiada pelajar buta huruf dalam sistem pendidikan negara.
Sistem menarik keluar (withdrawal) telah diperkenalkan di mana murid-murid yang belum menguasai kemahiran 3M dikeluarkan daripada kelas biasa dan dikumpulkan dalam kumpulan kecil untuk dipulihkan melalui program pemulihan khas yang dilaksanakan oleh guru pemulihan khas. Mesyuarat khas tentang isu murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M pada 16 Oktober 1998 yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato Haji Mohd Khairuddin bin Mohd Ashaari, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah memutuskan Program Intervensi 3M ini perlu dilaksanakan dengan segera bermula pada awal tahun 1999.
Menurut Sang (2000) bagi murid-murid pintar-cerdas, Kementerian Pendidikan pula menyediakan kelas ekspress bagi mereka di sekolah rendah pada awal tahun 1960an. Rancangan ini dihentikan beberapa tahun kemudian, tetapi disambungkan semula pada tahun 1967. Murid-murid pintar-cerdas dipilih melalui Penilaian Tahap Satu (PTS) yang pertama kali dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan pada tahun 1996. Murid-murid yang berjaya diberi peluang melompat ke darjah 5, demi mengurangkan tempoh pembelajaran mereka di peringkat sekolah rendah dari 6 tahun ke 5 tahun.
Pendidikan adalah untuk semua. Dalam usaha ini Kementerian Pendidikan memilih dasar menyediakan kemudahan dan pendekatan bagi mempastikan semua jenis dan peringkat murid dapat manfaat maksimum daripada pelbagai aktiviti perkhidmatan pendidikan, sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. KBSR dan KBSM digubal sedemikian rupa dan dengan mengambil kira keperluan dan kemampuan semua murid bagi menyediakan dan memberi peluang saksama kepada semua.
Adalah perlu ditegaskan bahawa dalam apa jua perubahan atau reformasi dalam sistem pendidikan yang dibuat suatu perkara yang amat penting ialah tumpuan Kementerian Pendidikan bagi:
"Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara" (Jabatan Pendidikan Khas,1998 : 3).

Untuk memenuhi harapan bangsa dan negara serta membentuk masyarakat penyayang seperti yang diharapkan dalam Wawasan 2020, Kementerian Pendidikan dalam usahanya merealisasikan konsep pendidikan untuk semua telah menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas, iaitu yang bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk kanak-kanak down syndrome dan autistik ringan.
Pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas adalah sebahagian daripada perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Murid-murid dengan keperluan khas diberi pendidikan menggunakan kurikulum yang sama dengan murid-murid normal dan pengubahsuaian kurikulum dibuat di mana perlu di dalam kelas dan disokong dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik agar murid-murid ini mampu memperolehi pencapaian yang optimum.
Pendidikan Inklusif telah dimasukkan dalam SKU KP. Rujukan: Bil.6 SKU Kementerian(m.s. 22) : Sasaran Tahun 2000; 6.1 "Mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa". Menurut Jabatan Pendidikan Khas(1998), Kementerian Pendidikan dalam usaha menyediakan perkhidmatan pendidikan, sentiasa merancang, melaksana dan menilai segala aspek pengurusan pendidikan supaya apa yang dilaksanakan dan dihasilkan adalah bernas, mantap dan berkesan. Dalam usaha ini dan sehubungan dengan pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas, Kementerian Pendidikan sedang berusaha bagi melaksanakan Pendidikan Inklusif secara meluas dan sepadu. Pada masa sekarang, sebilangan besar murid-murid khas bermasalah penglihatan adalah ditempatkan di kelas-kelas normal dengan diberi bantuan dan sokongan mengikuti pembelajaran dalam kelas oleh guru resos khas.
Murid-murid khas bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran yang mampu mengikut kurikulum biasa juga diberi peluang belajar dalam kelas yang sama dengan rakan sebaya yang normal mengikuti kesesuaian pencapaian mereka. Ada di antara mereka yang ditempatkan dalam inklusif setting secara total telah membuktikan kejayaan yang amat cemerlang. Adalah diakui bahawa untuk melaksanakan sepenuhnya pendidikan inklusif memerlukan pemikiran yang mendalam, usaha yang gigih, komitmen yang jitu dan semangat yang kental.
Bantuan Pelajaran Tahunan dan LPBT adalah berdasarkan Pekeliling Kewangan Bil. 3/1995 bertarikh 11 Januari 1995 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 1995 dan sedang digunapakai masa kini - Rancangan percantuman pendidikan khas bermasalah pembelajaran rendah dan menengah, program pendidikan inklusif dan program pendidikan pemulihan di sekolah rendah biasa adalah sama seperti kadar untuk murid biasa (Jabatan Pendidikan Johor,1998).

Perbincangan dan Rumusan
Dalam pengendalian Pendidikan Khas banyak lagi perkara dan isu yang masih perlu diberi perhatian dan penekanan. Jabatan Pendidikan Khas (1998) mengariskan; (i) perlu wujud kerjasama dan usaha sama bagi merancang dan menyediakan peluang pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas, (ii) pihak sekolah, pengurus, pendidik, ibu bapa dan seluruh masyarakat sekolah perlu bersama berusaha menukar sikap dan menjayakan penerimaan murid-murid berkeperluan khas dalam sistem persekolahan biasa/normal. Isu-isu seperti intervensi awal bagi menyediakan kanak-kanak berkeperluan khas supaya bersedia memasuki alam persekolahan adalah amat penting diberi penekanan. (iii) adalah penting bagi ibu bapa dan masyarakat menyambung dan memperkukuhkan lagi usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah di rumah bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas dan (iv) sudah sampai masanya seluruh masyarakat mengubah sikap dan membuat persediaan supaya dapat menerima golongan khas sebagai rakan. Bagi melaksanakan perkara ini usaha yang sepadu dan tindakan yang teratur dan tersusun perlu dibuat dan diharapkan.

Penutup
Hak setiap kanak-kanak untuk mendapat peluang pendidikan diisytiharkan dalam "Universal Declaration of Human Right 1948" dan diperkukuhkan oleh "The World Declaration on Education for All 1990":



"Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka" (Jabatan Pendidikan Khas, 1998).
Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong sepenuhnya. Oleh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali rakan-rakan khas mereka.
Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan khas amat diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama diskriminasi kepada golongan berkeperluan khas wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat dan potensi golongan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat golongan masyarakat yang masih menumpukan perhatian kepada kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada golongan berkeperluan khas. Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah tidak wajar bagi masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan serta penyesuaian daripada golongan berkeperluan khas menurut segala kehendak masyarakat.

Bibliografi
Jabatan Pendidikan Khas (1998). Hala Tuju Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : Kertas yang tidak diterbitkan.
Jabatan Pendidikan Johor(1998). Pelaksanaan Program Pendidikan Murid dan Pelajar Dengan Keperluan Khas. Unit Pendidikan Khas. Kertas yang tidak diterbitkan.
Malaysia, Kementerian Pendidikan. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas.
                    Pekeliling Kewangan Bil. 2/91-KP 1573/17/Jld. 8(78) bertarikh 11 Februari 1991.
                    Pekeliling Kewangan Bil. 3/1995 bertarikh 11 Januari 1995.

Peraturan-Peraturan Pendidikan (PENDIDIKAN KHAS) 1997, [KP(PUU) S 10075/07/I/ Jld. II, PN (PU2) 569]
Sang, M.S., (2000). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS) 867/Jld.II.32 bertarikh 22 Januari 1985.

Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS) 8502/5/PK/Jld. V26 bertarikh 18 Januari 1986.

Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS) 8502/5/PK/Jld. V34 bertarikh 30 Jun 1989.

Surat Siaran Jabatan Pendidikan Khas, KP/JPK/BPKPK/09/03/1(43), bertarikh 3 November 1998.
Undang-Undang Malaysia,(1999). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih. International Law Book Services : Kuala Lumpur.

Saturday, 5 November 2016

CONTOH BORANG LAPORAN INKLUSIF



BIL :
LAPORAN PRESTASI  MURID KELAS INKLUSIF PPKI 2016

Nama Guru Mata pelajaran: ____________________________       Mata Pelajaran :____________________________
Kelas Inklusif: _______________________Kelas Pendidikan Khas : ______________________
Bulan:___________________                                                          
Bil
Perkara
Tanpa bimbingan guru *
Dengan bimbingan guru *
Bimbingan guru sepenuhnya*
Ulasan Guru Mata Pelajaran
1
Komunikas idengan guru dan rakan




2
Tugasan sekolah di rumah





3
Tugasan dalam kelas





4
Kelakuan / sikap





5
Pengurusan diri





6
Menguasai kemahiran





Sila tandakan( / ) pada ruangan yang berkenaan (*)
Tanda tangan guru  mata pelajaran                                              Tandatangan  guru  PPKI

Nama guru:                                                               Nama guru:

                                                                                                                                                                                                

PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS PADA ABAD 21

PENGURUSAN   PENDIDIKAN KHAS PADA  ABAD 21

1.0  PENGENALAN.

Penyediaan peluang pendidikan sama rata kepada semua murid di Malaysia adalah matlamat utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025. Hasrat menjadikan sistem pendidikan di Malaysia yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia suatu hasrat yang perlu direalisasikan. Penglibatan  oleh semua pihak adalah sangat diperlukan untuk melihat kejayaan hasrat tersebut mencapai kejayaan. Bagi melihat penyediaan pendidikan murid berkeperluan khas diberikan sama rata dengan apa yang dinikmati oleh pelajar arus perdana, pengurusan pendidikan khas juga perlu membuat anjakan paradigma dan melakukan transformasi ke arah yang lebih baik.

2.0  PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013 – 2025)

Program Pendidikan Khas diwujudkan di sekolah-sekolah harian rendah dan menengah pada masa kini adalah bertujuan memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada murid-murid bekeperluan khas bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran. Oleh yang demikian, pihak pengurusan sesebuah sekolah bertanggungjawab mewujudkan program tersebut di sekolah mereka sekiranya tuntutan terhadap program tersebut diperlukan
Betapa murninya hasrat kerajaan dalam penyediaan pendidikan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira status dan darjat seseorng murid berkeperluan khas(mbk). Sehubungan dengan itu, usaha ini perlu mendapat sambutan dan kerjasama dari semua pihak. Sebagai pihak yang diberi amanah berhubung dengan hasrat murni kerajaan ini, semua pihak yang terlibat terutama guru-guru, penyelaras dan Penolong Kanan Pendidikan Khas seharusnya mengembeling tenaga untuk menjayakan pendidikan khas. Usaha ini perlu dilakukan secara kolaboratif oleh semua pihak. Alangkah bertuahnya kanak-kanak di Malaysia dengan dasar PPPM yang ada sekarang.  Sekurang-kurangnya kanak-kanak berkeperluan khas mendapat pembelaan dan diberikan hak yang sewajarnya dalam bidang pendidikan.



3.0  PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

Pengurusan sekolah  mempunyai satu pengaruh yang kuat dalam mencorak budaya yang positif  untuk meningkatkan keberkesanan sekolah. Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang  guru  yang  berkemahiran,  berpengetahuan,  pakar, dedikasi,  profesional  dan  mempunyai  semangat  kerja  yang tinggi  dan  berdaya  maju.  Mereka  dianggap  sebagai  tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan.
Berikut  adalah cadangan bagi mencapai kesamarataan dalam pengurusan pentadbiran pendidikan khas pada abad 21.
3.1  Merancang dan melaksanakan  program pendidikan khas yang berkualiti  selari dengan perubahan dasar Kementerian  Pendidikan  Malaysia (KPM).
3.2  Menetapkan jawatankuasa kerja yang akan menggerakkan dan memantapkan  program.
3.3  Menyediakan kemudahan fizikal yang sempurna dan kondusif yang boleh mengekalkan minat murid berkeperluan khas (mbk) untuk datang ke sekolah seperti murid lain .
3.4  Menyediakan peluang pembelajaran bagi mbk supaya dapat mengembangkan potensi secara menyeluruh.
3.5  Menyediakan dan menggalakan  guru yang berupaya menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan sentiasa melakukan inovasi serta bermotivasi tinggi.
3.6  Melaksanakan program keibubapaan  supaya dapat meningkatkan lebih perhatian kepada keperluan mbk.
3.7  Menyegerakan tindakan perkhidmatan yang cekap dan layanan yang berkualiti.
3.8  Menentukan dan menetapkan halatuju program kearah kecemerlangan pendidikan khas.
3.9  Meningkatkan kerjasama dalam kalangan pentadbir bagi mengatasi halangan  dan  memberikan kefahaman kearah mencapai kesamarataan.
3.10      Mengamalkan komunikasi yang berkesan  pada tahap optimum secara
    berterusan .
3.11      Memastikan semua guru diberi input yang terkini dan mempelajari
    pelbagai ilmu yang berkaitan melalui seminar, bengkel dan kursus- 
    kursus   jangka pendek.
3.12      Memberikan penghargaan dan galakan sebagai satu usaha  
     meningkatkan motivasi dan kesungguhan kepada guru-guru dan mbk.
3.13      Merancang dan menguruskan peruntukan dan perbelanjaan secara
     adil dan berhemah.
3.14      Memberi peluang kepada semua individu guru yang terlibat dalam
     pengurusan  membuat anggaran perbelajaan dan merancang
    program- program ilmiah dan motivasi sesuai dengan peruntukan yang
    ada.
3.15      Menyelaras dan melapor maklumat melalui rekod dan pemerhatian
     sepanjang masa.
3.16      Membuat penyeliaan dan pemantauan sepanjang masa bagi tujuan
     menjaga kualiti perkhidmatan,
3.17      Berusaha mengukuhkan hubungan antara guru dengan program –
     program yang dijalankan bersama.
           3.18    Membuat pengagihan bantuan yang  sama rata melalui berbagai jenis                   bantuan yang diberikan oleh kerajaan.
          3.19    Merancang dan menyediakan pelbagai khidmat sokongan  dalam
    menentukan keputusan bersama dapat dibuat tanpa diskriminasi.
         3.20    Meningkatkan daya tarikan guru dan menghasilkan guru yang terbaik
                     melalui pembangunan profesional.
         3.21    Memperkukuhkan  jalinan kerjasama dengan organisasi lain seperti
                   NGO, badan antarabangsa,swasta dan agensi kerajaan.
         3.22   Mempelbagaikan pendekatan padagogi, psikologi, dan teknik
                    menguruskan mbk.         
          3.23  Memberi dan membuka ruang kepada kumpulan pelbagai disiplin
                   menganjurkan, program, bengkel,dan perkhidmatan professional secara
                   sukarela dalam program pendidikan khas.

    
4.0  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) GURU.

Kaedah  dan  pendekatan  PdP  yang  kreatif  dan  inovatif  perlu menjadi  amalan  guru-guru  sekolah.  Pembelajaran  yang dirangka  dan  dilaksanakan  dapat  mengembangkan  potensi, pembangunan  minda,  pemikiran  kreatif,  dan  inovatif  murid. Stail  dan  pendekatan  pengajaran  juga  perlu  menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan  meningkatkan  pencapaian  positif  murid  tentang  sesuatu yang dipelajari.
Bagi mencapai hasrat  kesamarataan seperti yang terkandung dalam PPPM , berikut adalah cadangan  dan langkah-langkah :

4.1  Memastikan semua guru memenuhi standard kuailiti sesuai  dengan tahap kebolehan dan keupayaan murid.
4.2  Bekerjasama dalam satu pasukan bagi memantapkan pengurusan kurikulum sekolah .
4.3  Sentiasa mematuhi dasar KPM supaya selari dengan sistem pendidikan kebangsaan.
4.4  Menyediakan program akademik yang sesuai supaya dapat menyediakan murid yang mampu berdaya saing dengan keperluan semasa.
4.5  Menetapkan mesyuarat secara bersama dengan pihak sekolah dan pentadbir supaya dapat melaksakan perkongsian ilmu dan maklumat.
4.6  Merancang dan menyediakan bahan pengajaran yang  mesra mbk dan  boleh digunakan dalam pelbagai situasi.
4.7  Merancang dan menggalakan guru berbincang dengan rakan sejawatan bagi mempelbagaikan  pendekatan dan kaedah  pdp.
4.8  Merancang dan melaksanakan aktiviti  pdp yang boleh dijalankan oleh semua katogeri mbk  bersama murid aliran perdana.
4.9  Memastikan semua mbk memdapat peluang menggunakan buku teks secara maksimum.
4.10      Memastikan penulisan buku rekod mengajar dilaksanakan  mengikut   
    panduan  KPM.
4.11      Memastikan semua guru mengajar dan menggunakan bbm secara
    berkualiti .
4.12      Menubuhkan jawatankuasa peningkatan  akademik sebagai nadi   
    kecemerlangan mbk.
4.13      Mencadangkan setiap guru matapelajaran membuat kajian tindakan 
    bagi  mengekalkan kualiti  mbk.
4.14      Menetapkan semua bahan –bahan ilmiah kursus di simpan dalam
    bentuk  dokumentasi  untuk tujuan perkongsian.
4.15      Menetapkan penyemakan buku murid ditentukan dalam mesyuarat
    dengan  tujuan mengatasi kesukaran yang dialami oleh mbk.
4.16      Menetapkan sasaran dan target yang hendak dicapai dalam semua
    subjek  supaya dapat  melahirkan mbk yang mampu berdaya saing.
4.17      Menyediakan kelas yang kondusif dan  berilmu  tanpa ruang kosong.
4.18      Menggalakan penggunaan setiap sudut dan ruang dalam kelas secara
     maksimum.
4.19      Merancangkan aktiviti yang mesra mbk bersama sudut pembelajaran
    yang dapat dimanfaatkan bersama guru.
4.20      Mengurangkan jurang pencapaian akademik bagi murid
    khas dan murid perdana.
4.21      Memastikan keadilan sosial  berlaku di dalam kelas dan sekolah
    melalui  proses pdp dan aktiviti sekolah.
4.22      Memastikan penglibatan murid dalam aktiviti melalui pengajaran
    berkesan.
4.23      Menggalakan penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi
    mengukuhkan pembelajaran murid.
4.24      Memastikan guru mematuhi etika kerja dan amalan nilai positif bagi  
               mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.
4.25      Menggalakkan penggunaan bahan interaktif melalui pelbagai
    multimedia dan  ict  dalam menarik minat murid dan mencapai    
    kemahiran berfikir aras tinggi.
4.26      Menggalakan pengajaran secara berkumpulan dalam kelas inklusif  
                     supaya pengajaran lebih efektif.


5.0  KEMENJADIAN  MBK

Bertujuan menentukan kemenjadian murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi mencapaikan kesamarataan yang dihasratkan dalam PPPM   dengan berfokus kepada kemenjadian murid seperti cadangan berikut:

5.1  Berusaha meningkatkan keseimbangan  antara perkembangan mental , perkembangan sosial serta bakat mbk kearah kecemerlangan korikulum dan koakademik selari dengan hasrat PPPM.
5.2  Meningkatkan penglibatan , kerjasama dan sumbangan  dua hala antara mbk dan murid perdana, guru, ibu bapa dan kakitangan sekolah
5.3  Melaksanakan garis  panduan disiplin  mbk melalui penyemaiain dan pemupukan  nilai dan sikap positif serta berfikiran terbuka.
5.4  Merancangkan peningkatan kemahiran dalam sesuatu bidang mengikut kemahiran yang ada.
5.5  Merancang dam menyediakan peruntukan bagi pembangunan  kokurikulum dan koakademik.
5.6  Menggalakan semangat  kerjasama dan daya saing dalam kalangan mbk dan murid perdana.
5.7  Merancang dan menjalankan program secara bersama dengan penglibatan penuh semua murid sekolah, guru, staf dan PIBG.
5.8  Merancang target pencapaian dan berusaha melahirkan mbk yang berkebolehan dalam semua bidang.
5.9  Meningkatkan kemahiran guru dalam kegiatan  kokurikulum dan koakademik.
5.10      Memupuk dan mememperkembanagkan bakat mbk dengan kerjasama  
    ibu bapa dan penjaga.
5.11      Berusaha menambah pelbagai kemudahan dan mengubahsuai aktiviti
    bagi mencapai tujuan.
5.12      Menerapkan nilai-nilai baik sebagai  satu budaya hidup dalam
    kelompok masyarakat setempat dan saling menghormati.

6.0  PENILAIAN DAN PENCAPAIAN

Matlamat sistem pendidikan adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dan Negara ke arah melahirkan insan yang seimbang, berketerampilan, berakhlak mulia dan berilmu. Atas dasar inilah sistem pendidikan menetapkan satu standard atau benchmark yang menetapkan satu sistem yang dapat diguna pakai dan diaplikasikan dengan jayanya dalam sistem pendidikan negara (Mak Soon Sang:1988).
Salah satu kepentingan penilaian ialah Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka : Antara langkah dan cadangan untuk menacapai hasrat kesamarataan pada abad 21 ialah:

6.1  Melaksanakan pentaksiran yang secara menyeluruh , adil dan mengikut keupayaan mbk.
6.2  Merancang dan melaksanakan pentaksiran bersama bagi mbk yang inklusif.
6.3  Menyediakan hadiah kecemerlangan bagi murid yang Berjaya pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
6.4  Memastikan murid sentiasa mendapat penghargaan dan mengamalkan sikap yang sentiasa dicontohi.
6.5  Memastikan semua guru menjalankan tanggungjawab dan jujur dalam membuat penilaiain.
6.6  Menggalakkan semua guru dan ibu bapa membuat post mortem dan sentiasa  berusaha  memberi cadangan untuk penambaikan.
6.7  Menetapkan akauntabiliti  dalam menentukan pencapaian murid.
6.8  Merangka dan merancang  strategi yang jelas dalam menyediakan bantuan kepada murid yang lemah dalam pelajaran.
6.9  Mencadangkan satu penanda aras dalam menilai sahsiah dan tingkah laku murid secara holistik.

Penutup

Artikel 28,Akta Orang Kelainan Upaya 2008, memperaku bahawa mbk perlu diberi sokongan untuk membentu mereka mencapai penglibatan penuh dan kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik antarabangsa dan dasar negara semasa. Semoga azam bagi menggalakan lebih ramai mbk ke dalam program inklusif dapat meningkatkan kualiti penyediaannya secara kese,uruhan,