BAB
7 : RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU
7.1 Pengenalan
·
Melalui Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2007 mengariskan: ”Rancangan Pendidikan Individu” ertinya satu
dokumen yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk
setiap murid pendidikan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
·
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) diguna
pakai dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Khas yang digubal oleh Panel Khas
RPI juga berperanan sebagai rekod pengajaran guru.
·
Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004: Pelaksanaan Kurikulum
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah,
para (5) menyebut, “Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini (kurikulum
alternatif) Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid hendaklah di
sediakan”.
7.2 Definisi RPI
·
RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan
langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu
murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.
7.3 Rasional Penghasilan RPI
·
Mengikut Renault (1987), penghasilan RPI bukan sahaja untuk
murid-murid bermasalah pembelajaran, tetapi juga digalakkan bagi murid-murid
yang mempunyai prestasi pencapaian yang amat rendah berbanding dengan rakan se
kelas atau sebaya dalam sebahagian besar kurikulum, serta memerlukan
langkah-langkah intervensi jangka panjang.
·
RPI juga sesuai bagi murid bermasalah pembelajaran tetapi juga
murid berkeperluan khas lain, seperti mereka yang mempunyai masalah pendengaran,
penglihatan, cacat anggota dan lain-lain kecacatan.
·
Kemahiran atau masalah yang perlu fokus utama ialah pengurusan
diri, interaksi sosial, masalah tingkah laku,
emosi dan intelek. Guru perlu pilih satu sahaja mana-mana yang perlu
diutamakan mengikut masalah yang paling berat sekali.
·
Bagi murid yang mengikuti program inklusif akademik samada masalah
penglihatan, masalah pendengaran, masalah pembelajaran dan pelbagai kecacatan,
RPI haruslah dibina berdasarkan aspek sosial, emosi dan rohani atau subjek
akademik yang penting seperti Bahasa
Malaysia dan Matematik.
7.4 Elemen
Rancangan Pendidikan Individu
·
Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih
daripada komponen yang berkaitan dengan bidang utama komunikasi, literasi,
matematik, tingkah laku, dan kemahiran sosial yang sesuai dengan keperluan
murid. Elemen utama yang perlu ada:
4.1
Kekuatan dan kelemahan murid
4.2
Matlamat jangka panjang
4.3
Objektif jangka pendek
4.4
Strategi pengajaran yang dicadangkan
4.5
Kemudahan atau perkhidmatan sokongan yang diperlukan
4.6
Penyemakan semula
perancangan dan penilaian.
·
Guru tidak digalakkan meletakkan terlalu
banyak sasaran/ objketif pada satu masa
.
·
Pelaksanaan RPI bukan hanya diatas kertas guru mesti melaksanakan
intervensi dengan strategi yang dirancangkan dalam tempoh waktu yang
ditetapkan.
7.5 Ciri-ciri Rancangan Pendidikan Individu
·
Komprehensif dan merangkumi pelbagai bidang
·
Matlamat yang spesifik dan objektif yang boleh diukur
·
Berasaskan urutan perkembangan kemahiran
·
Bersesuaian dan realistik (boleh dicapai)
·
Penggunaan bahasa yang mudah difahami
·
Digubal dan dipersetujui bersama pasukan pelbagai
disiplin
7.6 Konsep RPI
·
RPI menjadi perancangan berasaskan:
i) ‘Apa’
yang diajar
ii) ‘Bagaimana’
sepatutnya diajar
iii) ‘Kekerapan’
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran sasaran sepatutnya
diajar melalui penambahan atau aktiviti
yang berpandukan kurikulum.
·
RPI merupakan satu dokumentasi
perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran
yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang
telah dikenalpasti.
·
RPI adalah satu dokumen kerja rasmi yang mesti
dilaksanakan dan kegagalan menyediakan dokumen tersebut boleh dikenakan
tindakan tatatertib.
·
RPI mestilah mudah diakses dan difahami oleh semua
yang berkenaan.
·
RPI juga sesuai dihasilkan bagi murid berkeperluan
khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan.
7. Kepentingan
Rancangan Pendidikan Individu
7.1 Murid
·
Setiap RPI yang digubal untuk mengenalpasti keperluan murid-murid
dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dapat dipenuhi seperti peralatan
khas seperti alat bantu mendengar, kanta pembesar dan
mesin Braille. Juga bidang khas seperti orientasi dan
mobiliti, kemahiran hidup dan bahasa isyarat.
7.2 Guru
matapelajaran/kelas/resos
·
Memberi peluang kepada guru untuk mendapat maklumat tentang murid.
·
Menyediakan forum untuk mendapatkan sokongan dan khidmat
bantu daripada pihak yang berkenaan.
·
Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam
khidmat bantu sokongan diperlukan.
·
Memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat golongan
professional.
·
Memastikan salinan dokumen RPI
disediakan untuk ibu bapa dan murid.
·
Memastikan RPI disimpan dan difailkan
dengan baik serta hasil laporan dimasukkan dalam rekod kemajuan atau
profil murid.
·
Menyediakan penilaian diagnostik yang sesuai
bagi memastikan kekuatan dan keperluan murid.
·
Menyemak , mengemaskini matlamat dan objektif di awal tempoh
persediaan RPI.
·
Memberi nasihat bagi keperluan peralatan
khas.
·
Bertanggungjawab membina aktiviti
pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan murid,
·
Mengajar dan menilai pencapaian setiap objektif RPI.
·
Mengekalkan komunikasi dan hubungan baik dengan pihak ibu bapa,
guru-guru lain, profesional dan pegawai khidmat bantu yang terlibat.
7.3 Ibu
Bapa
·
Memberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam penyediaan
matlamat dan objektif pembelajaran anak mereka.
·
Memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas
tentang perkara yang perlu dilakukan bagi membantu pembelajaran anak mereka di
rumah.
·
Menyediakan forum untuk meminta pertolongan, resos,
sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang berkenaan.
·
Memberi peluang untuk berkongsi maklumat dengan
golongan professional yang terlibat secara langsung dengan anak mereka.
·
Ahli Pasukan Pelbagai Disiplin yang
berkaitan.
·
Memperolehi maklumat yang sistematik
melalui penilaian pelbagai disiplin untuk mengenal pasti keperluan individu
murid
·
Mengenal pasti program latihan dan penilaian semula yang
bersesuaian dengan keperluan murid.
7.4 Jawatankuasa RPI
·
Dapat berbincang tentang kemudahan (contohnya penterjemah bahasa
isyarat dan lain-lain) yang dapat membantu murid belajar dengan lebih berkesan.
·
Mengenalpasti bentuk khidmat bantu yang diperlukan.
·
Menyediakan rangka panduan pembelajaran yang
selari dengan keperluan pentaksiran kurikulum.
·
Setiap ahli dapat berkongsi maklumat
tentang tingkah laku dan bentuk atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan keperluan individu murid.
·
Menentukan peranan dan tanggungjawab setiap
ahli pasukan setiap ahli memainkan peranan penting dan perlu bekerjasama di
dalam proses membina RPI.
·
Memastikan perlaksanaan RPI dengan
menilai dan mengemaskini laporan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan atau 6 bulan sekali mengikut
keperluan.
·
Memastikan perbincangan keperluan transisi
dapat diusahakan bersama pihak ibu bapa, komuniti tempatan dan juga institusi
pendidikan tinggi.
8. Garis Panduan Penghasilan RPI
·
Jawatankuasa RPI hendaklah dianggotai oleh Pengetua atau Guru
Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Pendidikan khas
atau Penyelaras Program Pendidikan Khas, semua guru pendidikan khas, semua ibu bapa atau wakil kumpulan
‘multi-disciplinary’ mengikut keperluan dan murid.
·
Guru pendidikan khas menjalankan ujian diagnostik secara
pemerhatian, temubual, ujian lisan, ujian bertulis.
·
Perbincangan dan laporan
dibuat bersama ibu bapa dan jawatankuasa.
·
Menetapkan kemahiran atau masalah yang perlu diberi perhatian.
·
Menetapkan matlamat dan objektif.
·
Membina RPI dan menetapkan cadangan strategi untuk atasi masalah.
·
Menjalankan intervensi bersama sumber dan alatan yang diperlukan.
·
Menetapkan tarikh semakan semula dan menganalisis dapatan.
·
Menjalankan laporan pencapaian berjaya atau gagal.
·
Sekiranya gagal , menetapkan semula strategi dan tarikh semakan semula oleh
jawatankuasa.
Rumusan
·
Penghasilan dokumen bertulis RPI yang
lengkap dan mantap dapat membantu ke arah mencapai matlamat ‘Pendidikan Untuk
Semua’ dan ‘Pendemokrasian Pendidikan’.
·
Penjanaan RPI membantu dalam
memaksimumkan potensi semula jadi murid.
·
Garis panduan pelaksanaan RPI boleh
dirujuk di dalam buku Panduan Rancangan Pengajaran Individu terbitan Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment