KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Monday, 7 May 2012

TERAPI MUZIK


Terapi muzik berkesan pulih tekanan mental, perasaan
Date: 10 April 2008 Kajian dapati karya klasik Mozart bantu rawat kes trauma, gangguan emosi. Terapi muzik kedengaran asing pada sesetengah individu tetapi ia sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja, tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stres menghadapi peperiksaan.
Ia adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu.
Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.
Antara matlamat utama terapi jenis ini untuk memulihkan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga, serta memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.
Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.
Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kaitannya terapi muzik dengan kecantikan? Jangan anda lupa, tahap kesihatan mental sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani kita.Malah, ada yang mengaitkan jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang.
Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.Dalam sejarah kebudayaan Islam sendiri, muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting dalam kehidupan.
Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat, perasaan dan keperibadian.Katanya, jika tujuan seni itu digunakan untuk kebaikan, begitu jugalah hukumnya.
Justeru, seni itu bersifat neutral, tidak sekadar untuk hiburan malah membawa banyak kebaikan tersirat jika diselidik penggunaannya.
FAKTA:* Ada kajian menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan meredakan tekanan.* Terapi muzik boleh digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.Sumber: Berita Harian, 19 Mac 2008Untuk bacaan lanjut, sila klikwww.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment