KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Wednesday 18 July 2012

PENILAIAN PORTFOLIO


PowerPoint Presentation: 
APA ITU PENILAIAN PORTFOLIO


Apakah Porfolio ? Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi pelajar yang menunjukkan usaha pelajar , kemajuan dan prestasi dalam satu / beberapa bidang .

 Koleksi ini meliputi: memilih kandungan menentukan kriteria pemilihan menentukan penilaian refleksi kendiri pelajar Portfolio juga terdiri daripada bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan Pelajar terhadap pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang m emberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar ( Harlin, 1992). Kesimpulannya, portfolio merupakan satu bentuk sejarah pembelajaran pelajar yang didokumentasi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif ( Shulman, 1992).


 Tujuan portfolio ialah untuk: memberi peluang pelajar mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.


 Portfolio digunakan untuk: menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment). menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan (performance assessment). Digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred. menilai secara sumatif pembelajaran pelajar. menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar.


Ciri-Ciri Portfolio : Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara autentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja yang original melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja lapangan (field work). Hasil kerja didokumentasikan dalam pelbagai bentuk yang boleh menunjukkan keasliaannya. Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. Memuatkan catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang sudah dibuat untuk menentukan tindakan susulan. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.


Kandungan Portfolio Sampel tulisan pelajar Laporan tinjauan buku Rakaman video Sampel aktiviti komputer Senarai buku rujukan Projek atau kerja kursus Markah-markah ujian


Jenis dan Contoh:  
Jenis Bahan A. Bahan Bukti Perlakuan Bahan bukti perlakuan (performance) pelajar yang menunjukkan prestasinya dalam bidang yang berkenaan dengan tugasnya.
 i. senarai semak
 ii. borang prestasi, laporan kemajuan P&P di bilik darjah Di padang ( mata pelajaran PJK) Di makmal ( Sains) Di bengkel KH/ ERT 
iii. rakaman audio-video
 iv. surat/ sijil pengiktirafan

 B. Bahan Bukti Bertulis:
 Bahan tulisan hasil usaha pelajar secara individu atau secara kolaboratif. Bahan yang dimuatkan mestilah menunjukkan proses dalam penghasilannya.
 i. kertas kerja artikel/ esei catatan nota perancangan/ jadual kerja skrip jawapan ujian surat yang ditulis oleh pelajar pengurusan grafik petikan jurnal penulisan/ komen refleksi
 c . Bahan Sokongan: :
 Bahan sokongan sebagai lampiran atau ilustrasi untuk mengukuh dan memantapkan hasil tulisan.
 i. bahan fotostat yang berkaitan gambar foto nota kuliah carta/ graf/ jadual bibliografi


Jenis-jenis Portfolio:
 a.Portfolio Kerja Koleksi hasil kerja harian pelajar. Mengandungi catatan, lakaran, deraf awal, hasil akhir. Kebanyakan bahan dipilih oleh pelajar. Menggalakkan perkembangan diri melalui proses refleksi. Memberi peluang kepada guru untuk melihat dan membuat refleksi mengenai keberkesanan proses pengajaran.
 b.Portfolio Dokumentari Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian. Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkannya. Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.

PowerPoint Presentation: 
Portfolio Hasil Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran dalam satu-satu bidang pembelajaran. Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar. Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik seseorang atau kumpulan pelajar Hanya mengandungi hasil akhir.


KEBAIKAN MENILAI SECARA PORTFOLIO
  
menilai samada pelajar dapat memefokus kepada isu yang ditetapkan atau sebaliknya . dapat menggambarkan proses pembelajaran . dapat menilai pencapaian terkumpul ( kumulatif ). dapat menilai pencapaian terkumpul pelajar selepas satu tempoh yang panjang . dapat menilai perkembangan pembelajaran pelajar dari satu tahap ke tahap seterusnya .

1 comment:

  1. apakah diharuskan untuk para designer memiliki portofolio min? Website Gratis

    ReplyDelete