PENAWAR.COM
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia
Otak
hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan
saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf
yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang
lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita
perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang
tidak terbatas.
Oleh
itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah
Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi
aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan
saraf otak tersebut. apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti
saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan
saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu otak menjadi aktif
secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari
perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum
berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara
tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima
kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan
terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American,
keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti
Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang
mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian
ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki
membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan
katakerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka,
beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf
termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan
mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti
saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf
lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti
saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan
secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan
zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara seIslam,
ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu
umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.
Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan
berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
No comments:
Post a Comment