KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Friday, 19 April 2013

Terapi Multisensory

Terapi multisensory ini telah direka untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi:

Pergerakan motor kasar
Pergerakan motor halus
Masalah pembelajaran
Kebolehan kendiri
Kebolehan bermain
Kognitif dan konsep asas
Psikososal
Kemahiran hidup dan vokasional



Pergerakan motor kasar
murid boleh berjalan sambil menyeimbangkan badan 
Untuk mempertingkatkan kebolehan anggota badan yang:
  • lemah
  •  tidak boleh melompat, berlari, merangkak, mengesot dan duduk secara betul.

Pergerakanan motor halus
contoh aktiviti motor halus
Untuk mengatasi masalah tidak boleh:
  • menggunakan alat permainan
  • menggunakan tangan dalam sebarang aktiviti
  • memegang pensel untuk melukis dan  mewarna
  • bermain dengan permainan yang terlalu banyak.
Masalah pembelajaran
murid hiperaktif
Cara untuk memperbaiki:
  • lemah tumpuan
  • gelisah
  • lambat dan lembab
  • tidak teratur dan tidak kemas
  • tumpuan amat sedikit
  • hiperaktif
  •  tidak boleh mengikut arahan

Kebolehan kendiri
belajar memberus gigi
Cara untuk mengatasi kurang berdikari dari segi:
  • menyuap makanan
  •  memakai baju
  •  pergi ke tandas
  •  menjaga kebersihan diri

Kebolehan bermain
murid boleh bermain dan mengenal alatan 
Cara berhadapan dengan masalah:
  • tidak pandai memanipulasi alat permainan
  • tidak faham cara bermain 
  • mengenal alat permainan 
  • kebolehan bermain terhad

Kognitif dan konsep asas
murid boleh mengenal bentuk, warna dan nombor
Membantu kanak-kanak mengenal konsep asas:
  •   warna
  • bentuk
  •  benda
  •  tempat
  • rasa
  • nombor
  • huruf
  •  keadaan (dll)

Membantu kanak-kanak menghadapi masalah:


  • pemikiran yang lemah
  • tidak menerima, memahami dan mengikut arahan

Psikososial
murid boleh berkomunikasi dengan rakan lain 
Mengatasi masalah sosial dan berinteraksi sesama sendiri seperti di dalam rumah, di sekolah dan komuniti.
Kemahiran hidup dan vokasional
murid belajar berkebun


Membantu kanak-kanak menambah keyakinan, keberanian dan kemahiran hidup berdikari serta kebolehan seperti berkebun, membeli barangan harian dan menaiki kenderaan awam.


No comments:

Post a Comment