KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Tuesday 16 April 2013

MENGENALI TERENCAT AKAL


1.0  TERENCAT AKAL

3.1 DEFINISI TERENCAT AKAL

Definasi kecerdasan akal mengikut AAMR 1973, kecacatan akal berada di bawah tahap kecerdasan purata murid biasa.

Manakala bagi Grossman , 1983 mendefinasikan kecerdasan akal ialah
mempunyi fungsi intelektual yang rendah dan mereka mempunyai kesukaran dalam
kehidupan bagi menguruskan kehidupan seharian.

3.2 PENGENALAN TERENCAT AKAL

Murid-murid terencat akal merupakan kefungsian inteleknya di bawah tahap normal.
Keadaan ini wujud bersama-sama dengan kelemahan tingkah laku adaptif murid iaitu
kemahiran komunikasi, pengurusan diri, sosial dan psikomotor, yang dapat dilihat
dalam proses perkembangan murid. 

Usia mental mereka tidak sama dengan usia sebenar. Tahap pencapaian pemikiran
seseorang lebih rendah daripada usia sebenar seperti pada umur sebelas tahun usia mental
mereka masih lagi pada berumur sembilan tahun.

Fungsi intelek biasanya diuji melalui ujian kecerdasan (IQ Test). Di Amerika Syarikat,
murid-murid terencat akal adalah murid-murid yang pencapaian ujian kecerdasannya di bawah 70.


                Jadual Berikut Menunjukkan Darjah Kecerdasan

Kategori Murid

Darjah Kecerdasan (IQ)
Pintar Cerdas
140 ke atas
Sangat Bijal
130-139
Bijak
120-129
Lebih Daripada Sederhana
110-119
Normal Atau Sederhana
90-109
Bawah Daripada Sederhana
80-89
Lembam atau Pinggiran
70 – 79
Lemah Akal dan Dunggu
50-69
Tolol/Tongong
49 dan ke bawah

Teori pengiraan ujian IQ
Usia Mental             X 100
Usia Sebenar

Tahap kerencatan akal terbahagi kepada :

1.      Terencat Akal Ringan (Mild) 69-55 (IQ)
2.      Sederhana (Moderate) 54-40 (IQ)
3.      Teruk (severe) 39-25 (IQ)
4.      Amat Teruk (Profound) IQ di bawah 25

Jean Marc Gaspard, 1798 mengatakan keupayaan mental boleh ditingkatkan melalui
teknik pengajaran dan pembelajaran yang sama.

Samual Gridley Howe, 1848  memberi pendapat agar membina institusi keluarga
mahupun di sekolah dapat meningkatkan tahap akal murid ini.



3.3 KATEGORI TERENCAT AKAL
Cacat akal Ringan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

a) Adiot
Mereka yang mengalami kerencatan akal Adiot tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin boleh mencederakan diri sendiri.

b) Imbersil
Mereka ini tidak boleh menguruskan diri sendiri tetapi masih boleh dilatih.
Jean Marc Gaspard, 1798 mengatakan keupayaan mental boleh ditingkatkan melalui teknik pengajaran dan pembelajaran yang sama.
Samual Gridley Howe, 1848  memberi pendapat agar membina institusi keluarga mahupun di sekolah dapat meningkatkan tahap akal murid ini.

c) Moron
Mereka memerlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas. Ini kerana perkembangan mentalnya hanya 23% daripada kadar biasa murid normal atau di bawah tahap 90%. Selain itu mereka bergerak dengan lambat dan lambat bercakap.

d) Lembab
Lambat menerima pengajaran dan Pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa. Pendidikan Khas perlu diberikan kepada mereka.



3.4 CIRI-CIRI TERENCAT AKAL BERAT
Golongan murid ini hanya mempunyai darjah kecerdasan 50% kebawah. Mereka tergolong dalam kumpulan yang dungu, lemah akal, tolol atau tongong. Terdapat beberapa ciri khusus yang boleh diperhatikan pada murid-murid ini iaitu:

1.      Kesihatan, mereka menghadapi kesukaran semasa makan dan selalu muntah dan  sukar bernafas.
             2.   Tingkah laku yang dihadapi ialah:
a.       Mereka akan menggigit sesuatu dalam mulut tetapi tidak mahu mengeluarkan.
b.      Air liuh meleleh tanpa kawalan
c.       Sukar tidur dan terjaga pada waktu malam tetapi mereka juga akan tidur berlebihan
d.      Mereka juga selalu menangis dan kadang-kadang mereka menangis tanpa sebab.
e.       Merangkak dan berjalan lebih lambat daripada kanak-kanak lain
f.       Tidak menoleh apabila dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
g.      Mereka bingung kepada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan
h.      Murid-murid ini lebih pendiam dan menyendiri
i.        Suara terlalu lembut dan sengau

3.5 PUNCA-PUNCA TERENCAT AKAL                                                                      
Terdapat beberapa masalah yang boleh menyebabkan kerencatan akal sama ada sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran. 

a) Sebelum Kelahiran
Faktor Baka – Terdapat kerencatan di sebabkan ada keganjilan pada kromosom normal seperti terdapat 47 kromosom, normal hanya 46 kromosom dengan terdapat 23 pasang. Perbezaan ini menyebabkan bayi tersebut Syndrom Down , Sindrom Turner, Sindrom Klinefelter.

Faktor pemakanan Ibu Mengadung – Janin diserang toksin kerana ibu mengandung mengambil dadah, alkohol, dan gaya pemakanan yang tidak sihat seperti tiada vitamin, garam galian kurang protein. Makanan ini diperlukan oleh bayi dalam kandungan untuk pembesaran yang sihat. Hal ini kerana makanan diterima oleh bayi melalui tali pusat.

b) Semasa Kelahiran
Berlaku terencat akal apabila berlakunya kemalangan  semasa melahirkan bayi tersebut. Teknik bersalin yang digunakan seperti Forsep dan kelahiran bayi songsang juga menyebabkan kecacatan atau terencat akal. Bayi akan kekurangan oksigen dalam kandungan atau semasa dilahirkan akibat daripada kesukaran melahirkan bayi menyebabkan kematian atau kerencatan akal.

Sindrom down merupakan penyakit utama kumpulan terencat akal. 95% adalah disebabkan oleh kumpulan Trisomi. Kejadian Trisomi berlaku satu dalam 600 kelahiran.

 3.6  IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN
Ø   Belajar untuk bercakap secara perlahan
Ø   Sukar untuk mengingati sesuatu
Ø   Tidak dapat berfikir secara logik
Ø   Sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah
Ø   Lambat menerima pengajaran


3.7 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Beberapa langkah pencegahan perlu diambil untuk mengelakkan kelahiran anak yang
terencat akal. Ibu yang mengandung perlu menjaga diet makanannya dengan betul. Selain
itu, dia juga perlu mengelak daripada mengambil minum beralkohol, merokok dan makanan
yang boleh memudaratkan kesihatan bayi dan ibu sendiri. Para ibu perlu menjalani pemeriksaan
kesihatan untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang baik. Jika sesuatu masalah
pada janin  dapat dikesan awal, boleh menjalani rawatan perubatan untuk mengatasi sebelum
bayi lahir. Ibu-ibu yang kerja harus juga perlu memberi perhatian yang lebih kepada kandungan
 mereka. Mereka perlu merehatkan diri sebanyak yang perlu untuk memastikan keselamatan
bayi dalam kandungan. Tekanan mental dan fizikal yang dialami oleh ibu boleh memberi kesan
negatif kepada bayi dalam kandungan.  Pakar perubatan perlu berhati-hati semasa meyambut
kelahiran ,mereka harus mengelak penggunaan peralatan yang boleh mencederakan bayi.
Contohnya penggunaan forseps.Oleh itu, langkah pencegahan awal harus diambil untuk
memastikan kelahiran bayi sihat.
 




















3 comments: