KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Wednesday 9 October 2013

CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN BAHASA BERASASKAN PERMAINAN

Aktiviti 1: Fail Vokal

1. Objektif: Mengecam, membunyikan huruf vokal dan mengaitkan bunyi vokal
dengan gambar.
2. Cara bermain: Individu.
3. Bahan: Fail berplastik lutsinar di dalamnya, kad vokal a, e, i, o, dan u, kad gambar
ayam, epal, ikan, obor dan ular.
4. Pelaksanaan:
 Ajak murid menyusun/memasukkan kad-kad vokal a, e, i, o, dan u dan kadkad
gambar ke dalam fail.
 Pastikan kad vokal disusun bersebelahan dengan kad gambar yang betul,
misalnya kad vokal a disusun sebelah gambar ayam.
 Ajak murid membunyikan huruf vokal dan mengaitkannya dengan gambar,
misalnya vokal a kaitkan dengan gambar ayam, kemudian sebut a “a”, “ayam”
 Ulang aktiviti dengan huruf vokal dan gambar lain.
5. Hasil pembelajaran: Murid dapat mengecam dan membunyikan huruf vokal
dengan betul dan mengaitkan bunyi vokal dengan gambar yang bunyinya bermula
dengan vokal itu.


Aktiviti 2: Muzik Suku Kata
1. Objektif: Mengecam dan membunyikan suku kata.
2. Cara bermain: Kumpulan.
3. Bahan: Botol-botol plastik yang dilabelkan dengan suku kata dan kacang hijau.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 11
Malay Language Journal Education (MyLEJ)
4. Pelaksanaan:
 Masukkan kacang hijau ke dalam botol-botol dan tutup dengan penutup
botol.
 Berikan botol kepada setiap murid.
 Guru menyebutkan satu suku kata, misalnya suku kata ‘na’.
 Murid yang memegang botol berlabel suku kata ‘na’, dikehendaki
menggoncang botolnya.
 Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehinggamenghasilkan rentak muzik.
5. Hasil pembelajaran: Murid dapat mengecam dan membunyikan suku kata dengan
betul.


Aktiviti 3: Gaul dan Pilih
1. Objektif: Mengecam dan membunyikan suku kata.
2. Bahan: Bola-bola ping pong yang dilabel dengan suku kata, sebiji mangkuk besar
dan beberapa biji mangkuk kecil.
3. Cara bermain: Individu ataupun kumpulan.
4. Pelaksanaan:
 Guru mengajak murid-murid duduk di sekeliling meja.
 Guru memberikan setiap murid sebatang senduk dan mangkuk kosong.
 Guru meletakkan mangkuk besar yang diisi dengan bola-bola ping pong
berlabel suku kata di tengah meja.
 Guru mengajak murid-murid menggaul bola-bola ping pong di dalam
mangkuk besar menggunakan senduk masing-masing.
 Guru menyebut satu bunyi suku kata, misalnya suku kata ‘ba’ dan mengajak
murid-murid mencari bola ping pong yang berlabel suku ba.
 Murid-murid menyenduk bola ping-pong berlabel ‘ba’ dan memasukkan ke
dalam mangkuk masing-masing sambilmenyebut ‘ba’.
 Ulang aktiviti dengan mencari suku kata lain.
5. Hasil pembelajaran: Murid dapat mengecam dan membunyikan suku kata dengan
betul.


Aktiviti 4: Papet Bergambar
1. Objektif: Membina dan membaca perkataan.
2. Bahan: Kad-kad suku kata (pastikan kad-kad ini boleh membina perkataan), papet
bergambar yang boleh dipegang dan seutas tali.
3. Cara bermain: Individu ataupun kumpulan.
4. Pelaksanaan:
 Gantungkan kad-kad suku kata pada tali yang diikatmelintang.
 Berikan murid papet bergambar dan ajak murid namakan gambar pada papet
12 ISSN: 2180-4842, Vol. 1, Bil. 2 (Nov. 2011): 1-15
 Ajak murid menepuk suku kata yang tergantung menggunakan papet
misalnya jika papet yang dipegang bergambar baju, murid dikehendaki
menepuk kad suku kata ‘ba’ dan ‘ju’ yang tergantung.
 Sebutkan ‘ba’ dan ‘ju’ semasamenepuk suku kata, kemudian sebut ‘baju’.
 Ulang aktiviti dengan papet bergambar lain.
5. Hasil pembelajaran: Murid dapat membina dan membaca perkataan dengan
betul.


Aktiviti 5: Baling dan Sebut
1. Objektif: Membina dan membaca perkataan
2. Bahan: Pundi-pundi kacang yang berlabel suku kata (pastikan pundi kacang ini
boleh membina perkataan), tiga gegelung hula-hop dan objek-objek sebenar
seperti buku, baju dan sudu.
3. Cara bermain: Kumpulan
4. Pelaksanaan:
 Letakkan tiga gegelung hula-hop lebih kurang dua meter di hadapan tiga
orang murid.
 Letakkan buku, pasu dan sudu setiap satu ke dalam hula-hop.
 Longgokkan pundi kacang berlabel suku kata di hadapan murid.
 Murid menamakan objek sebenar di dalam hula-hop dan membaling pundi
kacang yang betul ke dalam hula-hop, misalnya membaling pundi kacang
berlabel ‘ba’ dan ‘ju’ ke dalam hula-hop yang mengandungi baju.
 Sebut suku kata ‘ba’ dan ‘ju’, dan kemudiannya perkataan ‘baju’.
 Ulang aktiviti dengan objek lain.
6. Hasil pembelajaran: Murid dapat membina dan membaca perkataan dengan betul

No comments:

Post a Comment