Isu
Perlaksanaan Pengajaran:
Tugas
utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atauguru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan
suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa
memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam
sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan,
memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan
perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain
berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu
membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Kadangkala hal
sedemikian tidak berlaku dalam Pendidikan Khas. Ada sebilangan guru yang
mengambil kesempatan dengan ketidakupayaan murid. Mereka mengambil jalan yang
mudah dan mengajar dengan sambil lewa sahaja. Tidak ada persediaan dan beranggapan
tidak perlu bersusah payah mengajar kerana mereka pasti tidak cemerlang seperti
murid aliran perdana. Tidak perlu tetapkan target kerana mereka sememangnya
tidak ada pencapaian. Sikap beginlah menjadikan persepsi guru aliran perdana
dan pihak pentadbir semakin berat sebelah .
Terdapat guru yang melengahkan masa untuk
masuk ke dalam kelas, dan ada juga yang masuk tetapi tiada pengisian yang
diterima oleh murid tersebut. Pengajaran tidak berlaku biasanya guru akan mengambil latihan di dalam buku yang
dibeli dan difotostat untuk semua muridnya. Kemudian, murid akan diarah
menyiapkan latihan tersebut sementara guru membuka laptop dan melayari
internet. Hal ini sememangnya amat tidak patut dilakukan oleh guru walaupun
mereka menganggap pengajaran akan menjadi sia - sia kerana murid cepat lupa.
Bagi guru yang prihatin, memang akan digunakan latihan di dalam buku namun
perlu mempunyai pengisian dan mengajar dahulu murid berkaitan pengajaran
tersebut. Betulah jika pihak pentadbir mengatakan murid Pendidikan Khas setiap
hari asyik mewarna.
Selain daripada itu,
hasil kerja murid tidak dinilai dengan betul. Memberi tugasan kepada hanya
sebagai umpan untuk duduk diam sahaja. Murid tidak dibimbing dengan baik dan
seperti yang sepatutnya. Guru Pendidikan
Khas sendiri memandang rendah kepada kemampuan muridnya apatah lagi orang lain.
Isu seterunya
berkaitan dengan pengawasan dan tanggungjawab guru selepas waktu mengajar
mereka. Walaupun bukan tugas guru biasa untuk mengawasi murid selepas waktu
mengajar, ia berbeza dengan pendidikan khas. Murid ini perlu diawasi setiap
masa namun bukan perlu memegangnya, cuma diperhati dan menegur sekiranya salah.
Namun, kebanyakan guru tidak menghiraukan perkara tersebut dan memandang
sebelah mata sahaja sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
Selalunya tugas ini akan ditolak terus kepada pembantu pengurusan murid dan
guru pula duduk rehat dan melayari internet ataupun berborak sesama sendiri.
Berbeza pula bagi guru yang prihatin,mereka akan mengiringi muridnya ke kantin
dan mengawasi agar tidak berlaku pergaduhan atau menganggu murid lain.
Cadangan Mengatasi:
Guru pendidikan khas
merupakan individu yang paling penting di dalam kelas pendidikan khas. Sebagai
pendidik mereka perlu merancang proses pengajaran mereka dengaan baik. Mereka
perlu tingkatkan kemahiran dan memperbaiki mutu proses pengajaran. Guru perlu
mewujudkan suasana yang kondusif supaya murid dapat belajar dengan selesa dan
kondusif.
Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas atau Penyelaras memainkan peranan penting memantau dan memberi
teguran serta menasihati guru-guru supaya yang melakukan kesilapan. Mereka
perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab seorang
guru Pendidikan Khas.
Guru
yang cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang
teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka dan prihatin
terhadap keperluan pelajar. Mereka perlu menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan
mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran,
bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu
mengenalpasti keperluan dan masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar serta
menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Guru yang berwawasan mestilah proaktif,
mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan
tugas sebagai pendidik.
Juga
dicadangkan sekiranya ada guru yang menghadapi masalah dalam proses pengajaran,
mereka perlu dibimbing cara melaksanakan pengajaran yang sesuai dengan
keupayaan murid Pendidikan Khas. Terutama sekali bagi Guru Sandaran Tidak
Terlatih. Mereka ini juga memerlukan guru pembimbing bagi membantu mereka
menyesuaikan diri dengan proses pengajaran.
Selain
daripada itu pihak pengurusan boleh mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah
rintis sebagai penanda aras untuk memantapkan lagi profesion keguruan. Di
samping itu juga digalakkan menghadiri sebarang kursus, bengkel atau seminar
yang dianjurkan oleh badan-badan lain termasuk NGO sebagai pemantapan dalam
ilmu pengetahuan.
� � e g � B � } uru pelatih perlu diperketatkan lagi dengan mengambilkira aspek
personalti,minat,latar belakang dan kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada
institusi perguruan membentuk insan guru yang berkualiti dan boleh melaksanakan
dasar-dasar negara. Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan pemantauan
dan penguatkuasaan bagi memastikan guru dapat bertugas dengan dedikasi dan
telus. Pemantauan perlu dijalankan
secara sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa berusaha dengan lebih
cemerlang dan berkualiti.
Bagi Guru Sandaran
Tidak Terlatih tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan ilmu pedagogi
tidak mencukupi. Mereka perlu diberi tempoh masa yang lebih lama supaya mereka
dapat mempelajari tenik-teknik dan pendekatan dalam pengajaran.
Assalamualikum, terima kasih..maklumat yg dipaparkan amat berguna.....boleh share tak? nak wat assgmnt.
ReplyDelete