Isu Sokongan Pihak Sekolah.
Sokongan dari pihak pentadbiran memberikan makna yang besar
kepada guru-guru dan murid-murid masalah
pembelajaran. Kita mengakui kecemerlangan akademik sangat penting dalam
melonjakkan prestasi sekolah secara keseluruhannya. Namum demikian kadangkala
pihak pentadbiran terlupa bahawa kecemerlangan boleh datang dalam pelbagai rupa
bukan hanya fokus kepada akademik sahaja. Persepsi negative melingkari
keseluruhan Program Pendidikan Khas Integrasi. Pihak sekolah selalu menuding
jari kepada guru-guru Pendidikan Khas kerana gagal melahirkan murid-murid yang
boleh manaikkan nama sekolah. Malahan menganggap kehadiran mereka tidak memberi
makna dalam kepimpinan mereka.
Guru Besar dan pentadbir lain sedikit sebanyak telah
dimaklumkan mengenai program Integrasi ini. Malahan pihak Jabatan Pelajaran
Negeri sentiasa menyebarkan maklumat melalui seminar dan mesyuarat di peringkat
daerah dan negeri. Namun begitu masih ada dalam kalangan mereka sengaja tidak
mahu faham dan memberi tanggapan negatif kepada guru-guru Pendidikan Khas.
Malahan mereka sanggup meminta guru Pendidikan Khas meninggalkan kelas mereka
dan menggantikan guru yang tidak hadir di kelas aliran perdana. Anggapan bahawa
murid-murid Pendidikan Khas tidak penting kerana bilangan mereka sedikit dalam
satu kelas jika dibandingkan dengan aliran perdana.
Pihak pengurusan sekolah juga sering menyalahgunakan
peruntukan kewangan Pendidikan Khas. Kemudahan –kemudahan yang sepatutnya
diutamakan dalam kelas Pendidikan Khas diabaikan. Kebijaksanaan pihak
pengurusan menggunakan peruntukan tersebut mengikut peraturan-peraturan
kewangan tanpa ada keraguan. Tetapi sebenarnya wang yang diperolehi tidak
digunakan untuk Pendidikan Khas. Berbagai-bagai
aktiviti dan projek mega yang dijalankan dengan menggunakan peruntukan
Pendidikan Khas. Murid-murid Pendidikan Khas yang terencat akal ini tidak perlu
berbelanja banyak kerana ianya tidak
mendatangkan hasil kepada kecemerlangan sekolah.
Pihak pengurusan sekolah juga memberikan layanan kelas kedua
kepada program inklusif kerana mereka bimbang tidak dapat mencapai target
seperti yang diharapkan sekiranya murid-murid Pendidikan Khas menduduki
peperiksaan awam. Kebanyakan mereka sukar menerima hakikat bila ada murid
Pendidikan Khas yang lebih baik daripada murid aliran perdana. Mereka sukar menerima jika ada murid Pendidikan Khas
yang boleh mengambil peperiksaan UPSR. Bimbang sangat prestasi sekolah akan
jatuh hanya semata murid Pendidikan Khas menduduki peperiksaan. Sedangkan
selama ini prestasi sekolah tidaklah cemerlang mana pun.
Selain daripada itu pihak sekolah memberikan beban tugas
yang sangat berat kepada guru-guru Pendidikan Khas. Ini semua hanya kerana
bilangan muridnya sedikit dan keadaan murid tersebut menyebabkan mereka
merasakan murid Pendidikan Khas ini tidak perlu diajar dengan bersusah payah.
Oleh sebab itu tugas membawa murid keluar dalam aktiviti kokurikulum semuanya
terbeban atas bahu guru Pendidikan Khas.
Kesannya mereka selalu tinggalkan kelas dan lebih fokus kepada tugas
lain. Sedangkan mereka lupa bahawa mereka telah dibayar elaun lebih untuk
mengajar murid-murid Pendidikan Khas.
Semua guru Pendidikan Khas tidak perlu putus asa, anggaplah
persepsi negatif guru besar itu sebagai satu cabaran. Pulihkan martabat diri
dengan berusaha lebih gigih dan ikhlas. Lakukan tugas dan tanggungjawab dengan
penuh komited supaya mereka menyedari bahawa guru-guru Pendidikan Khas lebih
cemerlang dalam segala aspek. Berikan kerjasama yang sebaiknya supaya mereka
yang menyisihkan Pendidikan Khas akan
malu sendiri. Kesanggupan guru Pendidikan Khas menjalankan pelbagai tugas
membuktikan kemampuan dan kecemerlangan yang tidak dapat dilakukan oleh guru
lain.
Pihak sekolah (guru besar, guru dan murid) perlu menerima
secara positif murid-murid tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut
tempoh dan kemampuan masing-masing. Mereka mempunyai hak yang sama untuk
mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang
ke tahap optimum.
Pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri tidak boleh lepas
tangan dalam hal ini. Sekiranya guru-guru sanggup berhadapan dengan pelbagai
situasi maka mereka perlu selangkah ke hadapan memberi pengetahuan dan makluman
supaya tidak berlaku salah faham lagi. Pihak
pentadbir sendiri perlu ada kesedaran dan bersikap positif terhadap Pendidikan
Khas kerana mereka juga mempunyai hak untuk mendapat pendidikan seperti
kanak-kanak lain. Kecacatan bukan satu penghalang untuk mendapatkan pendidikan
kerana mereka semua boleh dididik dengan apa cara sekalipun.
Kewujudan program-program Pendidikan Khas di sekolah biasa, merupakan
satu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru kelas dan pentadbir di sekolah-sekolah
biasa (Marozas dan May, 1988). Sikap positif semua personal memainkan peranan
penting bagi mewujudkan program percantuman Pendidikan Khas yang efektif. Di
sini, guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen
pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada
keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas.
Paling utama sekali ialah peranan Kementerian Pelajaran
Malaysia menyediakan satu sumber kuasa secara dokumentasi dan jelas mengenai
peranan sekolah dan pentadbir lain yang mempunyai program integrasi. Juga di
peringkat kementerian juga perlu mengambilkira pengalaman seseorang pegawai
dalam bidang Pendidikan Khas supaya mereka lebih memahami dan mempunyai jiwa
terhadap keperluan Pendidikan Khas.
salam sue... apa daa.. kedekut ilmu ka?????? kalau dah masuk dalam blog ka apa kaa... kasi sebar laaaa ilmu tu... apa hal lak sekat2000x.. apa daa.. xdak ati cikgu ka???? bukan sume-sume orang kaki cilok.. kaki ciplak... aku nak sb aku nak fight dgn cikgu2 arus pedana tuh... hang tau dak dia kutuk2 bebudak kite???? kalau adaa bahan2 mcm nih... dapat la aku tunjuk sokongan dan balooooooonnnnn balik dia orang... aku tekesima la nih... arggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh..
ReplyDeletesesungguhnya sesuatu masalah itu perlu diatasi dengan bijaksana bukan mengikut perasaan...kalau kita bertindak seperti mereka maka sama lah juga seperti mereka.......berusaha mendapatkan ilmu bukan mengharapkan apa yang ada.....terima kasih kerana minat dan kesungguhan anda.
ReplyDelete