KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Saturday 18 February 2012

ISU SOKONGAN PIHAK SEKOLAH KEPADA PROGRAM PPKI


 Isu Sokongan Pihak Sekolah.

Sokongan dari pihak pentadbiran memberikan makna yang besar kepada guru-guru dan  murid-murid masalah pembelajaran. Kita mengakui kecemerlangan akademik sangat penting dalam melonjakkan prestasi sekolah secara keseluruhannya. Namum demikian kadangkala pihak pentadbiran terlupa bahawa kecemerlangan boleh datang dalam pelbagai rupa bukan hanya fokus kepada akademik sahaja. Persepsi negative melingkari keseluruhan Program Pendidikan Khas Integrasi. Pihak sekolah selalu menuding jari kepada guru-guru Pendidikan Khas kerana gagal melahirkan murid-murid yang boleh manaikkan nama sekolah. Malahan menganggap kehadiran mereka tidak memberi makna dalam kepimpinan mereka.

Guru Besar dan pentadbir lain sedikit sebanyak telah dimaklumkan mengenai program Integrasi ini. Malahan pihak Jabatan Pelajaran Negeri sentiasa menyebarkan maklumat melalui seminar dan mesyuarat di peringkat daerah dan negeri. Namun begitu masih ada dalam kalangan mereka sengaja tidak mahu faham dan memberi tanggapan negatif kepada guru-guru Pendidikan Khas. Malahan mereka sanggup meminta guru Pendidikan Khas meninggalkan kelas mereka dan menggantikan guru yang tidak hadir di kelas aliran perdana. Anggapan bahawa murid-murid Pendidikan Khas tidak penting kerana bilangan mereka sedikit dalam satu kelas jika dibandingkan dengan aliran perdana.

Pihak pengurusan sekolah juga sering menyalahgunakan peruntukan kewangan Pendidikan Khas. Kemudahan –kemudahan yang sepatutnya diutamakan dalam kelas Pendidikan Khas diabaikan. Kebijaksanaan pihak pengurusan menggunakan peruntukan tersebut mengikut peraturan-peraturan kewangan tanpa ada keraguan. Tetapi sebenarnya wang yang diperolehi tidak digunakan untuk Pendidikan Khas. Berbagai-bagai  aktiviti dan projek mega yang dijalankan dengan menggunakan peruntukan Pendidikan Khas. Murid-murid Pendidikan Khas yang terencat akal ini tidak perlu berbelanja  banyak kerana ianya tidak mendatangkan hasil kepada kecemerlangan sekolah.

Pihak pengurusan sekolah juga memberikan layanan kelas kedua kepada program inklusif kerana mereka bimbang tidak dapat mencapai target seperti yang diharapkan sekiranya murid-murid Pendidikan Khas menduduki peperiksaan awam. Kebanyakan mereka sukar menerima hakikat bila ada murid Pendidikan Khas yang lebih baik daripada murid aliran perdana. Mereka  sukar menerima jika ada murid Pendidikan Khas yang boleh mengambil peperiksaan UPSR. Bimbang sangat prestasi sekolah akan jatuh hanya semata murid Pendidikan Khas menduduki peperiksaan. Sedangkan selama ini prestasi sekolah tidaklah cemerlang mana pun.

Selain daripada itu pihak sekolah memberikan beban tugas yang sangat berat kepada guru-guru Pendidikan Khas. Ini semua hanya kerana bilangan muridnya sedikit dan keadaan murid tersebut menyebabkan mereka merasakan murid Pendidikan Khas ini tidak perlu diajar dengan bersusah payah. Oleh sebab itu tugas membawa murid keluar dalam aktiviti kokurikulum semuanya terbeban atas bahu guru Pendidikan Khas.  Kesannya mereka selalu tinggalkan kelas dan lebih fokus kepada tugas lain. Sedangkan mereka lupa bahawa mereka telah dibayar elaun lebih untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas.

 Cadangan mengatasi:

Semua guru Pendidikan Khas tidak perlu putus asa, anggaplah persepsi negatif guru besar itu sebagai satu cabaran. Pulihkan martabat diri dengan berusaha lebih gigih dan ikhlas. Lakukan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komited supaya mereka menyedari bahawa guru-guru Pendidikan Khas lebih cemerlang dalam segala aspek. Berikan kerjasama yang sebaiknya supaya mereka yang menyisihkan  Pendidikan Khas akan malu sendiri. Kesanggupan guru Pendidikan Khas menjalankan pelbagai tugas membuktikan kemampuan dan kecemerlangan yang tidak dapat dilakukan oleh guru lain.
Pihak sekolah (guru besar, guru dan murid) perlu menerima secara positif murid-murid tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut tempoh dan kemampuan masing-masing. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap optimum.

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri tidak boleh lepas tangan dalam hal ini. Sekiranya guru-guru sanggup berhadapan dengan pelbagai situasi maka mereka perlu selangkah ke hadapan memberi pengetahuan dan makluman supaya tidak berlaku salah faham lagi.  Pihak pentadbir sendiri perlu ada kesedaran dan bersikap positif terhadap Pendidikan Khas kerana mereka juga mempunyai hak untuk mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain. Kecacatan bukan satu penghalang untuk mendapatkan pendidikan kerana mereka semua boleh dididik dengan apa cara sekalipun.

Kewujudan program-program Pendidikan Khas di sekolah biasa, merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru kelas dan pentadbir di sekolah-sekolah biasa (Marozas dan May, 1988). Sikap positif semua personal memainkan peranan penting bagi mewujudkan program percantuman Pendidikan Khas yang efektif. Di sini, guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas.

Paling utama sekali ialah peranan Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan satu sumber kuasa secara dokumentasi dan jelas mengenai peranan sekolah dan pentadbir lain yang mempunyai program integrasi. Juga di peringkat kementerian juga perlu mengambilkira pengalaman seseorang pegawai dalam bidang Pendidikan Khas supaya mereka lebih memahami dan mempunyai jiwa terhadap keperluan Pendidikan Khas.


2 comments:

  1. salam sue... apa daa.. kedekut ilmu ka?????? kalau dah masuk dalam blog ka apa kaa... kasi sebar laaaa ilmu tu... apa hal lak sekat2000x.. apa daa.. xdak ati cikgu ka???? bukan sume-sume orang kaki cilok.. kaki ciplak... aku nak sb aku nak fight dgn cikgu2 arus pedana tuh... hang tau dak dia kutuk2 bebudak kite???? kalau adaa bahan2 mcm nih... dapat la aku tunjuk sokongan dan balooooooonnnnn balik dia orang... aku tekesima la nih... arggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh..

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya sesuatu masalah itu perlu diatasi dengan bijaksana bukan mengikut perasaan...kalau kita bertindak seperti mereka maka sama lah juga seperti mereka.......berusaha mendapatkan ilmu bukan mengharapkan apa yang ada.....terima kasih kerana minat dan kesungguhan anda.

    ReplyDelete